Ini adalah pesanan Khidmat Masyarakat.
Saya sebagai Jurujual Cyber ingin memesan kepada semua pengguna-pengguna dan pelanggan internet supaya berhati-hati dengan kegiatan penipuan melalui internet. Terdapat banyak blog dan laman web menjual pelbagai produk di internet seolah-olah cendawan tumbuh selepas hujan. Antara beberapa kes penipuan termasuklah :-
- mengambil deposit pelanggan tetapi mendiamkan diri dan lesap tanpa apa-apa berita
- membina blog atau laman web dengan memaparkan pelbagai produk-produk menarik, hakikatnya sebenarnya tidak ada satu barang pun di dalam stok
- menerima bayaran tetapi tidak menghantar pesanan yang dibuat oleh pelanggan
Jadi Saya sentiasa mahukan anda sebagai pengguna agar berhati-hati dalam membuat urusan di laman internet. Jika sekali kena, anda pasti akan menyesal.
SELAMAT MEMBELI,TENANG MEMAKAI